Tuesday 5 June 2012

NIE LA APAM SENYUM SAYA...


3 biji telur
1 cawan gula
1 camca besar ovallete
1 cawan air aiskrim soda
3 cawan tepung gandum
Sedikit pewarna merah jambu & hijau  (ikut cita rasa)
Papercup secukupnya

Cara-cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan air aiskrim soda, dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna merah jambu dan hijau. Satu bahagian dibiarkan dengan warna asal sahaja.
  5. Masukkan ke dalam paper cup dan kukus dalam 10 -15 minit.

hah...betul tak ape yang saya cakap tadi? senang & murah kan?....so jgn lupa cuba ya! pasti anda nak wat lagi....first time saya wat benda nie,baru turun dari tempat kukus je apam da hilang, maklumlah...family pun suka...tapi tak pela, yang penting saya dah puas & berjaya wat apam senyum pertama saya nie... selamat mencuba ya.....

1 comment: