Saturday 21 April 2012



Muslimah Pilihan

Hati itu penuh kelembutan
Diciptakan bukan seperti lelaki
Walaupun dari rusuk kiri mereka
Wanita dicipta untuk dilindungi, disayangi

Bimbingan perlu kelembutan dalam ketegasan
Penuh kecintaan, kasih serta sayang
Fitrahnya malu ciptaan Tuhan
Punya nilai keanggunan setiap diri

Wahai wanita hiasan duniawi
Pandanglah dengan mata hati
Jagalah maruah diri pemberian ilahi
Kelak tak menyesal kemudian hari

Wahai pemuda harapan agama
Didiklah kami, pimpinlah kami
Bimbinglah kejalan redhoNya
Moga sama menuju syurga Ilahi

Kecantikan diri kesantunan budi
Jadi ukuran buat muslimah sejati
Jadilah bunga yang mekar ditaman
Cantik dimata subur dihati



Jangankan lelaki biasa, Nabi pun sunyi tanpa wanita. Wanita adalah pendamping terbaik seorang lelaki, kerana itulah Allah menciptakan makhluk ciptaannya berpasang-pasangan. Wanita juga ibarat sayap kiri lelaki. Sayap kanan pula adalah perjuangan dalam mencari kebenaran. Tanpa wanita, hati, perasaan dan fikiran lelaki akan resah,masih mencari walaupun ada segala-galanya. Apa lagi yang tiada disyurga, tetapi Nabi Adam a.s tetap ridukan Siti Hawa. Kepada wanitalah, lelaki memanggil, ibu, isteri dan puteri. Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan lelaki bergelar ayah, suami hatta abang mereka. Tetapi andai lelaki sendiri pun tak lurus, tak mungkin mampu meluruskan mereka. Tak logik, kayu yang bengkok dapat menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t kerana mereka diciptakan sedemikian rupa oleh Allah Taala. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuaba jinakkan mereka dengan harta dunia, nanti mereka akan makin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan, nanti mereka semakin menderita. Yang masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah s.w.t. Zat yang kekal, itulah suiznya. Jangan sama-sama mengajak kearah kejahilan, buruk padahnya. Sama-samalah membimbing kearah kesejahteraan hidup insani.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah dengan ilmu. Hati separuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak mulia. Suburkanlah kerana dari situlah mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah hati wanita walaupun mereka tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri Negara atau women gladiator. Bisikan ditelinga bahawa kelembutan bukanlah satu kelemahan. Itu bukan diksriminasi Tuhan tetapi kerana disitulah disebalik kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang melahirkan lelaki-lelaki, negarawan dan wan-wan yang lainnya.. hmmm jugak tokwan kita..hehehe Tidak lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadian pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa llmu, Iman dan Akhlak, mereka bukan sahaja tidak dapat diluruskan bahkan mereka akan membengkokkan.

"Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki, sebodoh-bodoh perempuan boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki"

Itulah bahana apabila wanita tak kenal Tuhan, pencipta mereka. Mereka tidak akan diri sendiri apalagi mengenal lelaki. Bahkan anak akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri, dan bapa kehilangan puteri. Dan itulah yang berlaku pada hari ini, masa ini zaman ini.. Apa sudah jadi? Wanita hari ini kurang bimbingankah atau salah didikkan? Siapa yang patut disalahkan? Ketuk minda, tanya iman masing-masing... Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah hati, jantung, dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah s.w.t., nescaya akan jinaklah segalanya dibawah kepimpinan dan bimbinganmu. Wanita juga binalah perisai iman dalam diri, moga maruah diri terjaga, supaya dapat menegur salah silap sesama sendiri. Masing-masing punya peranan masing-masing. Yang paling penting letakkan Allah yang pertama, InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan baik mengikut ketetapNya. 
 
Wallahu'allam