Monday 12 November 2012

nYuM...nYuM...PAVLOVA!!!



             
     



Siapa pernah makan pavlova??  tak ada lah selalu makan pavlova ni, tapi pernah lah makan time kakak buat.  Pavlova ni manis sangat. Tapi rasenya,boleh tahan gak manis nya. Pavlova ni sangat tak sesuai dimakan oleh sesiapa yang mempunyai penyakit kencing manis. Ingat 2!!!...jangan lupa mencuba taw...memang sedap...tapi lau kat luar hargenya agak mahal ckt, lbh baik buat sendiri jimat cikit duit...=)  






           



CuTe NyE bUaH-bUaHaN nIe...

Kagum habis ni...hui...

Tak sedar diri...apa nak jadila...




Tembikai yang tak sengaja mencederakan diri nya lalu berdarah. Padahalll...




Akibat ketagih dengan bubble tea, perut betik pun penuh dengan buble tea jugekkk...hihihi...





Bukan main anak beranak pisang ni. Berangan ada almari dan baju sendiri







Gigih strawberi pakai mask nak kecik kan pores dan mendambakan kulit licin bak tomato






Bukan kata tomato je yang confused. Aku pon kadang-kadang confused tomato ni dari kelompok mana. Buah-buahan ke sayur-sayuran?





Kau tonyoh dan sembur lah perfume banyak mana pon durian oiii kau tetap berbau kuat. Tapi tak apa, walaupun bau mu begitu mengundang tetapi begitu ramai yang menggilakan isi kau sampai manusia normal pon boleh jadi hantu.



Sape pun kita...bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, semuanya hanya sementara...hanya Allah yang kekal abadi...



KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA




     Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Bagi ibu mengandung ia amat sesuai kerana buah ni mengandungi jumlah potassium yang besar, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga pergerakan jantung agar tetap normal (especially bagi ibu dan perkembangan fetusnya). 

     Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur, mencegah edema , dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah.

     Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah dan juga menguatkan jantung. Antara khasiat lain buah delima :

>Menghalang pembentukan sel kanser
>Mencantikkan kulit
> Mencegah dari nyanyuk
>Memberi tenaga
>Elok utk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
>Elok utk sistem penghadaman
>Mengurangkan berat badan
>Prevent morning sickness(yuuppp..sesuai untuk ibu mengandung)


Ermm..sangat bagus kan..so mari kita mkn buah delima..kata org tua2, buah delima kena makan sorang2..xboleh nk share2 dgn orang..sebabnye?? xtau lah kenape...tapi xsemestinya kena ikut..sharing is caring kan...selamat mencuba...=)

Tuesday 5 June 2012

NIE LA APAM SENYUM SAYA...


3 biji telur
1 cawan gula
1 camca besar ovallete
1 cawan air aiskrim soda
3 cawan tepung gandum
Sedikit pewarna merah jambu & hijau  (ikut cita rasa)
Papercup secukupnya

Cara-cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan air aiskrim soda, dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna merah jambu dan hijau. Satu bahagian dibiarkan dengan warna asal sahaja.
  5. Masukkan ke dalam paper cup dan kukus dalam 10 -15 minit.

hah...betul tak ape yang saya cakap tadi? senang & murah kan?....so jgn lupa cuba ya! pasti anda nak wat lagi....first time saya wat benda nie,baru turun dari tempat kukus je apam da hilang, maklumlah...family pun suka...tapi tak pela, yang penting saya dah puas & berjaya wat apam senyum pertama saya nie... selamat mencuba ya.....

-SETIAP KEBAIKAN ADALAH SEDEKAH-

إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ، ثُمَّ بَيَّنَ ذلِكَ: فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعُمِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ

 

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka dengan lafaz ini.
Daripada lbnu ‘Abbas r.a daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu
riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:
Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya.
Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja.
Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke
arah mencapai kelembutan Allah Taala yang agung, dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz hadis ini).
Lafaz (‘inda) yang bererti “di sisi-Nya” menunjukkan inayah Allah terhadapnya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya – penterjemah).
Lafaz (kamilah) yang bererti “sempurna” adalah bertujuan untuk menegaskan dan menunjukkan kuatnya inayah Allah dengannya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya – penterjemah).
Dia berkata dalam soal kejahatan yang seseorang hamba terlintas mahu melakukannya kemudian dia tidak jadi melakukannya : (ﺔﻠﻣﺎآ ﺔﻨﺴﺡ ﻩﺪﻨﻋ ﷲا ﺎﻬﺒﺘآ) yang bererti “Allah akan menulis di sisi- Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya”. Dia menegaskan pembalasan hasanah itu dengan lafaz “sempurna” sementara dalam ungkapan berikutnya : yang bererti “Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja”. Dia menegaskan gambaran meyedikitkan balasan dosa itu dengan diberikan sifat “satu”. Segala pujian dan kurniaan bagi Allah SWT yang kita tidak mampu menghitung puja-puji ke atasnya.  Sampai di sini adalah terjemahan hadis ke 37 berserta sedikit huraian al-Imam Nawawi terhadap hadis tersebut – penulis).


Pengajaran hadis:


(1) Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang amat adil lagi amat pemurah. Dia membalas satu perbuatan baik dengan sepuluh kebajikan dan hanya membalas satu maksiat dengan satu dosa. Satu kebajikan yang terlintas di hati seseorang tanpa dilaksanakan, Allah tetap mengurniakannya satu pahala, sedangkan kalau seseorang berniat mahu melakukan maksiat, dia tidak akan diberi dosa sehingga dia benar-benar melaksanakan lintasan dan niat hatinya itu. Lebih dari itu, sekiranya seseorang berniat mahu melakukan maksiat, lalu dibatalkan niatnya itu, dia dikurniakan satu pahala. Alangkah agungnya kurniaan Allah.

(2) Kemurahan Allah tiada batasannya. Sepuluh pahala yang dikurniakan bagi suatu amalan baik berpeluang untuk menerima ganjaran tambahan daripada Allah sampai 700 kali ganda dan boleh digandakan lebih banyak daripada itu. Hadis ini secara tidak langsung menggesa umat lslam agar merebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh Allah SWT ini selagi dia mampu berbuat demikian sebelum maut datang menjemput.

(3) Saham yang ditawarkan oleh Allah adalah suatu saham pelaburan akhirat yang pasti tidak akan rugi, malah keuntungannya dijamin dan berlipatganda sampai beratus dan beribu kali ganda, namun ramai manusia yang tidak menyedarinya dan mengutamakan pelaburan dunia.

 

Tuesday 8 May 2012

 ANDA MENGUAP???

ADAKAH adalah menjadi kebiasaan bagi kita semua untuk MENGUAP. Kita biasanya akan menguap apabila mengantuk dan tak cukup tidur. Mengikut sains, menguap dikatakan berpunca daripada kekurangan oksigen. Yaa, tak cukup oksigen mungkin menyebabkan kita rasa mengantuk dan seterusnya menyebabkan kita menguap.
Tapi kenapa ramai diantara kita ni akan mudah sekali menguap apabila membaca buku-buku pelajaran, buku-buku agama atau dengar ceramah agama. Perasankah kita, kita ni mudah sekali menguap apabila kita membuat perkara yang kita kurang gemar. Jarang sekali kita rasa mengantuk dan menguap apabila kita menonton movie atau drama yang kita suka. Atau bagi yang lelaki, masa tengok bola. Walaupun dah lewat malam, tapi tak rasa mengantuk dan tak menguap pun. Kenapa yer? Haaa “Lu fikir la sendiri…” bak kata Nabil tu.
Apa2pun, dalam post kali ini sebenarnya, bukan nak bercakap tentang sebab2 mengapa kita menguap.
Kali ini, ingin membawa kepada anda satu persoalan. Tahukah kita bahawa agama Islam ada mengajar cara2 dan adab2 bagaimana untuk menguap?? Apakah adab2 menguap itu??
Haaa, kalau tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu. Makanya kali ini, sukacita ingin berkongsi dengan anda tentang adab2 menguap seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW.
Berikut ini adalah beberapa adab menguap.

1. Menahan menguap sekadar termampu:
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.w.a., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Ta’ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan ‘Alhamdulillaah’, maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan ‘Yarhamukallaah!’. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya
.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).
Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.
Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a., katanya: Telah bersabda Rasullah s.aw. yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.
Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.
Semuga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengamalkannya.
Menguap? Reaksi Alamiah atau Kebiasaannya
Penahkah kamu menguap? Mungkin itu pertanyaan yang agak “mblelot”, artinya setiap orang pasti pernah menguap, dari bayi yang baru lahir sampai dewasa pasti pernah menguap dan hampir setiap saat kita bisa menguap.
Menguap kelihatannya masalah biasa, dan sering kurang mendapat perhatian ilmuwan sebab musababnya.
Ternyata menguap juga masih merupakan misteri tubuh manusia, ada teori yang menjelaskan bahwa menguap adlah upaya tubuh untuk mendinginkan panasnya jaringan sel otak. Namun demikian teori tsb. masih terus menjadi bahan perdebatan.
Penelitian menunjukkan bahwa pada saat kita bernafas normal, kita tidak menggunakan paru-paru pada secara penuh. Kita menguap karena kandungan oksigen dalam paru-paru kita sudah berkurang. Di dalam paru-paru ada organ yang bernama alveoli, atau kantung udara. Alveoli ini berfungsi untuk mengalirkan oksigen ke dalam darah dan menyedot karbondioksida untuk kemudian dikeluarkan. Jika alveoli tidak mendapatkan udara segar, dia akan kempis dan paru-paru agak mengeras. Otak kemudian segera bereaksi untuk memerintahkan mulut menguap dan menarik udara (oksigen).

Binatang juga menguap
______________________
Jalan mekanismenya yaitu rangsangan (kekurangan oksigen) – saraf sensorik akan membawanya ke otak-otak memproses agar mulut menguap – saraf motorik – mulut menganga lebar dan mengambil nafas. Salah satu faktor yang juga ikut andil dalam proses menguap ini adalah terganggunya/tubuh kita mengalami kelelahan.

Tuesday 1 May 2012



In front of the person you love, your heart beats faster

But in front of the person you like , you get happy.







In front of the person you love, winter seems like spring
But in front of the person you like, winter is just a beautiful winter.


If you look into the eyes of the one you love, you blush
But if you look into the eyes of the one you like, you smile.
In front of the person you love,
you can' t say everything on your mind
But in front of the person you like, you can.
In front of the person you love, you tend to get shy
But in front of the person you like, you can show your own self.
Then person you love comes into your mind every 2 minutes.
You can't look straight into the eyes of the one you love
But you can always smile into the eyes of the one you like.
When the one you love is crying, you cry with them
But when the one you like is crying, you end up comforting.
The feeling of love starts from the eye
And the feeling of like starts from the ear.
So if you stop liking a person you used to like
All you need to do is cover your ears,
But if you try to close your eyes
Love turns into a drop of tear and remains in your heart forever after.





"CINTAI DALAM DIAM, ITU LEBIH BAIK"
"KERNA ALLAH ITU  MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK BUAT KITA
BERDOA DAN TERUS BERDOA MOGA DIA TEMUKAN JODOH YANG SERASI DENGAN DIRI KITA"