Tuesday 27 March 2012

nak cuba tak??


Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu.
Sekiranya:

KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI
memberi makna bahawa beberapa keinginan akan diperolehi tak lama lagi.
BUNGA ITU TETAP CANTIK
memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak lama lagi. Tunggu je la!
BUNGA ITU ROSAK:
 memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi beberapa cabaran dalam hidup.

Rahsia Surah Al-Fatihah & Cara Amal



Dalam kekusutan minda, ketidak tenteraman jiwa, kecelaruan ummat dan segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini adalah penting bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan pelbagai ilmu. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang lebih mustahak ialah mengamalkan ilmu yang ada.


Baca dan ketahuilah Rahsia Surah Al-Fatihah ini. Amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.



1. Untuk membuatkan seseorang (saudara-mara/ pasangan/ anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
- Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur. 

2. Untuk mengubati penyakit kritikal:
* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari berterusan.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut. 

6. Untuk merawat luka kecil (luka terkena pisau, luka sengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dll)
* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian "langit-langit" dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:
1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
2. Baca dengan penuh "khusyuk" dan "Tawadhu"
3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintalah dengan niat yang baik. InsyaAllah akan makbul permintaan anda.

Wallahualam. 

Monday 26 March 2012

Rahsia di Sebalik Bilangan Kuntuman Bunga Ros...


Selalu kita lihat, bunga dapat menunjukkan betapa romantiknya seorang lelaki kepada wanita. Even bunga itu akan layu, tetapi perasaan dan pengalaman menerima bunga dari seorang yang tersayang memang tidak dapat dilupakan.Namun begitu, bilangan kuntuman bunga turut mempunyai makna disebaliknya. Ada rahsia kenapa seseorang itu memberikan bunga sekian-sekian kuntum. Ada yang bagi banyak kuntuman bunga dan ada juga yang bagi satu sahaja.

Berikut merupakan rahsia di sebalik bilangan kuntuman bunga ros yang dipetik dari Love Fate Destiny:





1 kuntum bunga ros: 
Cinta hanya diterima untuk kamu.

2 kuntum bunga ros:
Kedua-dua kita benar-benar cinta mendalam

3 kuntum bunga ros:
Saya cinta kamu

6 kuntum bunga ros: 
Saya mahu jadi milikmu

9 kuntum bunga ros:
Cinta sesama kita berpanjangan.

11 kuntum bunga ros:
Hanya kamu seorang yang kucintai dalam hidupku.

12 kuntum bunga ros: 
Kepuasan dan keserasian bersama.

13 Roses
Peminat rahsia

24 kuntum bunga ros:
24 jam ingat dan cinta padamu

33 kuntum bunga ros:
Aku cinta kamu dengan cinta yang mendalam.

36 kuntum bunga ros: 
Rasa cinta hadir kerana kamu datang pada ku.

44 kuntum bunga ros: 
Berkekalan dan takkan berubah.

50 kuntum bunga ros:
Cinta tanpa penyesalan

56 kuntum bunga ros:
Cintaku

66 kuntum bunga ros:
Hubungan cinta yang berjaya.

99 kuntum bunga ros:
Cinta dan kefahaman jadikan cinta berpanjangan.

100 kuntum bunga ros:
keharmonian sepanjang abad, kekal sehingga akhir hayat.

101 kuntum bunga ros:
Tiada cinta lain melainkan kamu.

108 kuntum bunga ros:
Kahwiniku!

111 kuntum bunga ros:
Cinta sejati.

123 kuntum bunga ros:
Kebebasan cinta

144 kuntum bunga ros: 
Cinta kamu setiap hari dan malam berpanjangan

365 kuntum bunga ros: 
Ingat dan sayangkan kau setiap hari

999 kuntum bunga ros:
Cinta berkekalan dan sejati.

1001 kuntum bunga ros:
Cinta sejati selama-lamanya


So macam mana? Dah terpikir nak bagi berapa banyak bunga ros? 


Sunday 25 March 2012

First time edit photo & nie la hasilnya....



korg rse cmner ok x photo nie?? xsia2 join program yang dak senior QM buat...
walaupun tak berapa cun macam orang yang buat...hihihi...asalkn memuaskn hati ni...terima  kasih sangat2 kat abang n akak senior yg banyak membantu...yang kelakarnya...sesi sebelah petang...ramai gak senior2 yang baru tau 1 part nie berkaitan edit2 photo gambar gak...so time 2...junior n senior sme2 ajar mengajar...hahah...memang lawak a...yang pasti memang best n syok la program nie...wt ktorg makin phm...harap program cmni dapat diadakan lagi...PASTI JOIN!!

Manusia memang selalu tipu diri sendiri kan...betol x??


 Selalukan dalam hidup kita , kita buat benda pelik. Kiranya apa kita buat tak selari dengan percakapan atau apa kita rasa. Kadangkala kita tak perasan pun, tak percaya cuba tengok situasi biasa (common situation ) macam ni :

Kita cakap "saya faham" atau "aku faham"

tapi hakikatnya tindakan atau reaksi kita menunjukkan sebenarnya kita ni tak berapa nak faham

Kita cakap, takpe, takpe lah sangat kan,

tapi sebenarnya bagi kita benda tu sangat apa-apa .

Kita cakap TAK kisah, sangat tak kisah,

tapi kita punya ambil KISAH sebenarnya, tuhan je lah yang tahu , kan?

Kita cakap, "IM OK " - "SAYA OK ",

tapi dalam jiwa raga ni, punya TAK OK nya , susah nak digambarkan

Kita cakap kita "terima" - terima hakikat, terima alasan orang tu,

tapi disebaliknya kita sebenarnya tak berapa nak terima, menyalahkan lainnnya lagi ada.

Kadang-kadang kita cakap, "Alah, xde apelah, benda kecil je", "Tak terasa pun",

tapi hakikatnya perkara tersebut nak dilupakan sampai makan bertahun-tahun..

Kita selalu menerima alasan orang dengan positifkan ayat,

tapi hakikatnya dalam hati kita sangatlah terasa dan selalu memikirkannya.

Selalu nasihat diri sendiri, "terima hakikat dengan ikhlas" - cakap memang mudahkan ?

Mungkin ada yang mempersoalkan tentang kejujuran. Tapi bagi Rose Red, dalam semua situasi tersebut , kita bukannya hipokrit , menipu , bukan . Hakikatnya dalam menjaga hati manusia lainnya, kita perlu berkata ikut mana yang terbaik bagi semua. Mungkin orang kata, hati kita siapa nak jaga ? Tapi kalau kita ikhlas, kebahagian dan rasa selesa orang lain adalah keutamaan kita . Bagi diri kita, tak salah untuk bergembira dan kata apa yang kita rasa.


Bagi Rose Red - bahagialah untuk membahagiakan. Datang dugaan , kuatkan pegangan . Apa berlaku, ingat, Tuhan kan ada .


WALLAHUALAM.