-SETIAP KEBAIKAN ADALAH SEDEKAH-
إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ، ثُمَّ بَيَّنَ ذلِكَ: فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعُمِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka dengan lafaz ini.
Daripada lbnu ‘Abbas r.a daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu
riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:
Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal
kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang
terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak
melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu
kebajikan sepenuhnya.
Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia
melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh
kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang
sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu
kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya
sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu
mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis
kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja.
Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke
arah mencapai kelembutan Allah Taala yang agung, dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz hadis ini).
Lafaz (‘inda) yang bererti “di sisi-Nya” menunjukkan inayah Allah
terhadapnya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba
mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia
berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia
terniat mahu melakukannya – penterjemah).
Lafaz (kamilah) yang bererti “sempurna” adalah bertujuan untuk
menegaskan dan menunjukkan kuatnya inayah Allah dengannya (iaitu hasanah
yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan,
atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba
meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya –
penterjemah).
Dia berkata dalam soal kejahatan yang seseorang hamba terlintas mahu
melakukannya kemudian dia tidak jadi melakukannya : (ﺔﻠﻣﺎآ ﺔﻨﺴﺡ ﻩﺪﻨﻋ ﷲا
ﺎﻬﺒﺘآ) yang bererti “Allah akan menulis di sisi- Nya sebagai satu
kebajikan sepenuhnya”. Dia menegaskan pembalasan hasanah itu dengan
lafaz “sempurna” sementara dalam ungkapan berikutnya : yang bererti
“Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia
melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu
kejahatan sahaja”. Dia menegaskan gambaran meyedikitkan balasan dosa itu
dengan diberikan sifat “satu”. Segala pujian dan kurniaan bagi Allah
SWT yang kita tidak mampu menghitung puja-puji ke atasnya. Sampai di
sini adalah terjemahan hadis ke 37 berserta sedikit huraian al-Imam
Nawawi terhadap hadis tersebut – penulis).
Pengajaran hadis:
(1) Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang amat adil lagi amat pemurah.
Dia membalas satu perbuatan baik dengan sepuluh kebajikan dan hanya
membalas satu maksiat dengan satu dosa. Satu kebajikan yang terlintas di
hati seseorang tanpa dilaksanakan, Allah tetap mengurniakannya satu
pahala, sedangkan kalau seseorang berniat mahu melakukan maksiat, dia
tidak akan diberi dosa sehingga dia benar-benar melaksanakan lintasan
dan niat hatinya itu. Lebih dari itu, sekiranya seseorang berniat mahu
melakukan maksiat, lalu dibatalkan niatnya itu, dia dikurniakan satu
pahala. Alangkah agungnya kurniaan Allah.
(2) Kemurahan Allah tiada batasannya. Sepuluh pahala yang dikurniakan
bagi suatu amalan baik berpeluang untuk menerima ganjaran tambahan
daripada Allah sampai 700 kali ganda dan boleh digandakan lebih banyak
daripada itu. Hadis ini secara tidak langsung menggesa umat lslam agar
merebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh Allah SWT ini selagi dia
mampu berbuat demikian sebelum maut datang menjemput.
(3) Saham yang ditawarkan oleh Allah adalah suatu saham pelaburan
akhirat yang pasti tidak akan rugi, malah keuntungannya dijamin dan
berlipatganda sampai beratus dan beribu kali ganda, namun ramai manusia
yang tidak menyedarinya dan mengutamakan pelaburan dunia.
No comments:
Post a Comment