1. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi
tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja
yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.
2. Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan
diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu
yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan
waktu-waktu lain seperti berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah
Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3. Perbanyakkan solat sunat
Sebagai mahkluk paling
mulia di sisi Allah, kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat dalam kehidupan
seharian. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat
sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang
terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan
solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4. Selalu berdoa pada Allah
Allah telah berpesan iaitu
jangan menyembah selain daripadaNYA yang bererti kita disuruh berdoa hanya
kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu
mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu
Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan
memakbulkan doa hambaNYA yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar
bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang
bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di
samping berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa.
5. Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia
biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup.
Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita
sebagai hambaNYA. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan
jangan menyalahkanNYA jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti
percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6. Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata
bahawa badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan
sewaktu bekerja akan dapat dilupakan apabila melakukan aktiviti-aktiviti luar
yang dapat menyihatkan badanseperti bersukan dan jogging. Situasi akan menjadi
lebih gembira jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan
kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7. Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang
berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan slaah satu faktor tekanan sewaktu
bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan
dietdengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal boleh menyebabkan
kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung,
darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
8. Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi
sekiranya melibatkan individu lain dapat diredhakan melalui luahan hati kita
dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu pada sehelai kertas. Sikap
cuba menyimpan perasaan dalam hari boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati
lain” yang terdapat pada sesetengah individu apabila mereka bijak
menyembunyikan perasaan sebenar/ permasalahan dihadapan orang lain. Maka dengan
itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan
tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9. Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu
sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka
kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang
disuruh oleh pihak lain ketika bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan
kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Yang
paling penting kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup
dengan lebih ceria.
No comments:
Post a Comment