Wednesday 14 March 2012

Sekuntum Mawar Merah


Cerpen Yang Membuat Kamu Menitis Air Mata


Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang
selalu menghabiskan masanya di
perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka
membaca novel & buku cerita
sehingga suatu hari dia telah terjumpa
sebuah novel yang ada tertulis nama
& alamat seorang gadis di salah satu muka
suratnya.Tertulis disitu
"Catrina...kesepian & perlukan sahabat".
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat
kepada si gadis. Setelah pulang
ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk
memberitahu niat ingin berkawan
dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si
jejaka mendapat balasan
daripada gadis bahawa dia juga bersetuju
untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar
bulan. Persahabatan mula bertukar
kepada perasaan sayang. Namun begitu
masing-masing masih belum bertemu. Si
jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan
begitu juga dengan si gadis.
Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan
sayang tetap berbuku di hati.
Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh
bala tentera untuk pergi ke
medan perang. Si jejaka amat susah hati
kerana dia takut sekiranya dia
tidak akan mungkin bertemu dengan si
gadis. Maka diutuskannya surat
berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh
kita, dan kamu masih sayang
padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi
di Bandar kamu pada hari perang
diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai
pakaian tenteraku dan membawa
sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan
mengenali kamu sekiranya kamu juga
memegang bunga mawar merah. Setelah itu
izikanlah aku membawa mu makan
malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang
setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si
jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal
sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi
seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.
Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang
gadis yang agak berisi dan duduk
di kerusi roda sambil melihat sekeliling.
Kakinya kudung dan tangannya
cacat sebelah... sebelah lagi tangannya
memegang sekuntum bunga mawar
berwarna merah... Si jejaka agak terkejut
tetapi dia memberanikan diri
menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka
dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si
gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan
pelawaan ku untuk makan malam. Orang
tuaku tidak sabar untuk bertemu
denganmu.." sambil kemudian mencium
tangannya. Si gadis itu
terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang
terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini
kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu
bahawa di sedang menunggu kamu di
restoran dekat stesen ini sekiranya kamu
mempelawaku makan malam dan
bertemu orang tuamu....."
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati
jejaka ini? Dia melihat kepada
hati dan bukan kepada rupa.. dia telah
mengotakan janji nya dan tetap
berpegang kepada perasaan sayang
walaupun pada mulanya dia menjangkakan
gadis cacat itu adalah Catrina...
Sesungguhnya semua manusia harus
berfikir seperti dia...

No comments:

Post a Comment