Saturday 21 April 2012

-10 ciri peribadi muslim-

  1) SALIMUN AQIDAH (Aqidah yang sejahtera)

  • Akidah yang sejahtera ni means keyakinan yang teguh dalam beragama, iaitu yakin bahawa tiada Tuhan (Allah) yang wajib di sembah melainkan Dia.
  • Jangan meminta bantuan dari org yang berlindung pada jin.
  • Tidak berjampi melainkan dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.
  • Mengikhlaskan amal hanya kerana Allah
  • mengimani rukun Iman dan rukun Islam.
  • Sentiasa mensyukuri nikmat pemberian Allah s.w.t
  • Sentiasa sedar syaitan adalah musuh yang sentiasa menghalang kita berbuat kebaikan dan sentiasa menghasut utk melakukan kemungkaran
  • menerima dan patuh kepada suruhan Allah swt dan menjauhi apa yang dilarangNya.

2) SHAHIHUL IBADAH (Ibadah yang Betul)

  • tidak menolak bila diminta azan
  • bersuci dengan sempurna
  • bersemangat untuk solat berjemaah
  • sangat suka berjemaah dimasjid
  • sentiasa memperbaiki mutu solat
  • Qiam seminggu sekali
  • menunaikan amalan wajib, solat, puasa, zakat
  • berpuasa sunat sekurangnya sekali sebulan @ seminggu sekali
  • niat untuk melaksanakan haji
  • sentiasa membaca Al-Quran (bertadabur)
  • menutup hari dengan bertaubat dan istighfar
  • menjadikan setiap amalan mempunyai niat
  • menjauhi dosa besar
  • melazimi zikir setiap pagi dan petang (ma'thurat)
  • Mengingati Allah dalam setiap keadaan
  • sentiasa bersuci sedaya mungkin
  • memenuhi nadzar
3) MATIINUL KHULUQ (Akhlak yang Mantap)
  • tidak sombong (takabbur)
  • mempunyai pendirian
  • tidak bercakap bohong (berdusta)
  • tidak mencaci maki, mengadu domba, mengumpat,mengejek.
  • tidak mempelekehkan sesuatu kumpulan
  • tidak menjadikan orang buruk yg buruk akhlaknya sebagai teman/sahabat
  • menyayangi yang lebih muda dan menghormati yang lebih dewasa
  • memenuhi janji
  • menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan (jaga batasan)
  • menyimpan rahsia
  • menutupi aib atau dosa orang lain
  • memiliki ghiroh(rasa cemburu) pada keluarganya dan agamanya
4) MUTSAQQAFUL FIKRI (Luas Pengetahuan)
  • Mampu membaca dan menulis dengan baik
  • membaca 1 juz tafsir Al-Quran (Juz 30)
  • memerhati hukum-hukum tilawah
  • menghafal separuh Arba'in (1-20)- mampukah aku??
  • menghafal atau mengetahui 20hadis dari Riyadhush-solihin
  • mengetahui hukum-hukum yang telah Allah tetapkan, hukum thoharoh,solat,puas dsb
  • mengetahui 10 sahabat yang di jamin masuk syurga
  • mencaknakan diri dengan isu semasa, mengkaji kebenaran
  • memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
  • mengetahui pertubuhan-pertubuhan yang menyeleweng
  • mengetahui bahaya perancang keluarga
  • mendengar dengan baik
  • mampu memberikan pandangan
  • bersedia menerima tugas-tugas kolektif
  • tidak menerima syubhat yang dilemparkan keatas kita
  • sentiasa ada rasa ingin menuntut ilmu
  • menghadiri majlis-masjis ilmu
5) QAWIYYUL JISMI (Tubuh Badan yang Kuat)
  • bersih badan, pakaian dan tempat tinggal
  • komitmen adab makan dan minum sesuai dengan sunnah
  • jaga cara pemakanan (makan makanan yang seimbang)
  • tidak berjaga malam berlebihan melainkan berQIAMULLAI
  • komitmen dengan senaman 2jam seminggu
  • bangun sebelum fajar
  • mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
  • meninggalkan tabiah merokok, shi sha pon sama, tak elok utk jantung dan paru-paru
  • menghindari tempat-tempat kotor dan berpenyakit
6) MUJAHIDUN LINAFSIHI (Bermujahadah melawan hawa nafsu)
  • menjauhi segala yang haram
  • mendekatkan diri dengan kebaikan
  • menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan
  • menjauhi tempat-tempat maksiat
  • sentiasa bermuhasabah diri
  • sentiasa ingin memperbaiki diri kearah kebaikan
7) QADIRUN 'ALAL KASBI (Mampu Berdikari)
  • menjauhi sumber hasil yang haram
  • menjauhi riba', judi, dan penipuan
  • membayar zakat
  • membuat simpanan meskipun sedikit
  • merancang masa hadapan dengan teratur
  • tidak menangguh-nangguhkan tugasan yang diamanahkan
  • memelihara harta awam
  • menjaga harta peribadi
8) MUNAZHZHOM FI SSYUUNIHI (Berdisplin @ tersusun di dlm urusan)
  • penampilan yang elok
  • menyusun jadual harian dengan teratur
  • tidak menjalin hubungan dengan pihak-pihak yang menentang islam
  • mempunyai matlamat hidup yang jelas
9) HARISHUN ALA WAQTIHI ( Menjaga Masa)
  • sentiasa menghargai masa
  • mengisi masa dengan perkara-perkara bermanfaat
  • tidak membiarkan masa disia-siakan
  • pandai membahagikan masa
10) NAFIUN LI GHOIRIHI (Bermanfaat untuk orang lain)
  • melaksanakan hak kedua ibu bapa
  • menyertai majlis-majlis kegembiraan(kenduri) bila dijemput
  • membantu orang yang memerlukan
  • memberi petunjuk kepada orang yang sesat
  • saling nasihat menasihati kearah kebaikan
  • menikahi pasangan yang sesuai (sekufu)

No comments:

Post a Comment