Muslimah Pilihan
Hati itu penuh kelembutan
Diciptakan bukan seperti lelaki
Walaupun dari rusuk kiri mereka
Wanita dicipta untuk dilindungi, disayangi
Bimbingan perlu kelembutan dalam ketegasan
Penuh kecintaan, kasih serta sayang
Fitrahnya malu ciptaan Tuhan
Punya nilai keanggunan setiap diri
Wahai wanita hiasan duniawi
Pandanglah dengan mata hati
Jagalah maruah diri pemberian ilahi
Kelak tak menyesal kemudian hari
Wahai pemuda harapan agama
Didiklah kami, pimpinlah kami
Bimbinglah kejalan redhoNya
Moga sama menuju syurga Ilahi
Kecantikan diri kesantunan budi
Jadi ukuran buat muslimah sejati
Jadilah bunga yang mekar ditaman
Cantik dimata subur dihati

Jangankan
lelaki biasa, Nabi pun sunyi tanpa wanita. Wanita adalah pendamping
terbaik seorang lelaki, kerana itulah Allah menciptakan makhluk
ciptaannya berpasang-pasangan. Wanita juga ibarat sayap kiri lelaki.
Sayap kanan pula adalah perjuangan dalam mencari kebenaran. Tanpa
wanita, hati, perasaan dan fikiran lelaki akan resah,masih mencari
walaupun ada segala-galanya. Apa lagi yang tiada disyurga, tetapi Nabi
Adam a.s tetap ridukan Siti Hawa. Kepada wanitalah, lelaki memanggil,
ibu, isteri dan puteri. Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan lelaki bergelar ayah, suami hatta abang mereka. Tetapi
andai lelaki sendiri pun tak lurus, tak mungkin mampu meluruskan mereka.
Tak logik, kayu yang bengkok dapat menghasilkan bayang-bayang yang
lurus.
Luruskanlah
wanita dengan cara yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t kerana mereka
diciptakan sedemikian rupa oleh Allah Taala. Didiklah mereka dengan
panduan dariNya. Jangan cuaba jinakkan mereka dengan harta dunia, nanti
mereka akan makin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan, nanti
mereka semakin menderita. Yang masalah itu tidak dapat diselesaikan
dengan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah s.w.t. Zat yang kekal,
itulah suiznya. Jangan sama-sama mengajak kearah kejahilan, buruk
padahnya. Sama-samalah membimbing kearah kesejahteraan hidup insani.
Akal
senipis rambutnya, tebalkanlah dengan ilmu. Hati separuh kaca, kuatkan
dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak mulia.
Suburkanlah kerana dari situlah mereka akan nampak nilaian dan keadilan
Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah hati wanita walaupun mereka tidak
menjadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri Negara atau women
gladiator. Bisikan ditelinga bahawa kelembutan bukanlah satu kelemahan.
Itu bukan diksriminasi Tuhan tetapi kerana disitulah disebalik kasih
sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang melahirkan
lelaki-lelaki, negarawan dan wan-wan yang lainnya.. hmmm jugak tokwan
kita..hehehe Tidak lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa
hakikat kejadian pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa llmu, Iman
dan Akhlak, mereka bukan sahaja tidak dapat diluruskan bahkan mereka
akan membengkokkan.
"Lebih
ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang
dirosakkan oleh lelaki, sebodoh-bodoh perempuan boleh menundukkan
sepandai-pandai lelaki"
Itulah
bahana apabila wanita tak kenal Tuhan, pencipta mereka. Mereka tidak
akan diri sendiri apalagi mengenal lelaki. Bahkan anak akan kehilangan
ibu, suami kehilangan isteri, dan bapa kehilangan puteri. Dan itulah
yang berlaku pada hari ini, masa ini zaman ini.. Apa sudah jadi? Wanita
hari ini kurang bimbingankah atau salah didikkan? Siapa yang patut
disalahkan? Ketuk minda, tanya iman masing-masing... Bila wanita
derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah
hati, jantung, dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan
ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita
menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri
dengan Allah s.w.t., nescaya akan jinaklah segalanya dibawah kepimpinan
dan bimbinganmu. Wanita juga binalah perisai iman dalam diri, moga
maruah diri terjaga, supaya dapat menegur salah silap sesama sendiri.
Masing-masing punya peranan masing-masing. Yang paling penting letakkan
Allah yang pertama, InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan baik
mengikut ketetapNya.
Wallahu'allam